RRAAM ditubuhkan

pada 2 Februari 2007 oleh kolektif yang terdiri dari 12 organisasi dan individu sebagai usaha untuk mempertingkat dan menambahbaik akses kepada hak kesihatan reproduktif dan seksual (KRS).

Kami percaya bahawa wanita ada hak untuk mendapatkan perkhidmatan kontraseptif dan pengguguran yang sah, selamat dan mampu dimiliki, kedua-duanya sebagai hak reproduktif wanita untuk membuat keputusan berkenaan reproduksi dan sebagai hak kepada kesihatan.
Kami percaya bahawa kesejahteraan, kesihatan dan pemerkasaan wanita dapat diperbaiki bilamana hak-hak tersebut diperolehi.

Kami berusaha meningkatkan

kesedaran dan akses kepada hak-hak tersebut dalam kalangan wanita, penyedia penjagaan kesihatan, NGO, penggubal polisi, media dan orang awam menerusi strategi maklumat, pendidikan dan advokasi berasaskan bukti. Akses wanita kepada alat kontraseptif dan khidmat pengguguran adalah isu kesihatan awam, hak asasi manusia bagi wanita dan hak reproduktif. Peningkatan taraf kesihatan wanita dalam jangka panjang memiliki faedah ketara pada pertumbuhan ekonomi dan pembangunan negara.

RRAAM berfungsi sebagai

gerakan akar umbi di seluruh Malaysia yang turun ke padang bekerja dengan komuniti untuk menyokong wanita dewasa dan muda agar memiliki otonomi tubuh yang kukuh. Jaringan aktivis dan doktor kami berusaha membekalkan perkhidmatan mesra wanita dan memastikan mereka memiliki akses kepada penjagaan yang mampu dimiliki, di samping meneruskan advokasi untuk polisi kesihatan yang lebih baik, inklusif dan komprehensif dengan mengekalkan garis komunikasi langsung dan aktif bersama Kementerian Kesihatan dan Persatuan Perubatan Malaysia.

 

Kami mengekalkan jalinan dengan anda menerusi Talian RRAAM. Ia khidmat konsultasi percuma, diuruskan oleh panel kaunselor kami untuk memberikan maklumat khidmat pengguguran pembedahan dan perubatan selamat, berpatutan dan mesra wanita serta kaedah kontraseptif yang sedia ada.

Ahli organisasi RRAAM

All Women’s Action Society (AWAM)

Association of Women Lawyers (AWL)

Women’s Aid Organisation (WAO)

Sisters In Islam (SIS)

Federation of Reproductive Health Associations, Malaysia (FRHAM)

Pemberi dana RRAAM

Women’s Fund Asia (WFA)

Organisasi rakan RRAAM

For Youth Initiative (FYIKL)

Hubungi kami melalui WhatsApp untuk maklumat lebih lanjut.

Ingin tahu tentang kontrasepsi?

Ada pertanyaan? Ingin tahu lebih?

Need Help? Chat with us