Stigma

Stigma adalah halangan kepada keterangkuman sosial yang dibiakkan oleh pemikiransempit dan negatif, prejudis dan stereotaip. Ia adalah faktor pembatas yang memberi kesan pada individu dari semua latarbelakang. Di peringkat global, norma masyarakat yang berbahaya, stereotaip gender, ketidakseimbangan kuasa, keperluan yang dirasakan untuk mengawal seksualiti wanita dan ketidaksamarataan lain membuatkan pemerolehan maklumat dan perkhidmatan menjadi sulit kalau bukan mustahil, terutamanya untuk gadis remaja.

Di Malaysia, ketakutan dan faktor malu sekitar soal pengguguran dan pencegahan kehamilan sangat ketara sekali.

Ketakutan dan rasa malu menyebabkan wanita terhalang dari memperolehi khidmat yang selamat dan berpatutan, yang mana memberi akibat buruk pada diri mereka sendiri dan masyarakat.

Advokasi RRAAM

Risiko kehamilan tak dikehendaki sangat tinggi di Malaysia kerana tidak ada Pendidikan Seksualiti Komprehensif (CSE) atau kaunseling kontraseptif yang sedia ada untuk orangawam. Sebaliknya, kurikulum sekolah di Malaysia cuma menekan pada mengelak dari hubungan seks, yang mana tidak memberi ilmu untuk hubungan seks selamat dengan persetujuan sama, kepentingan kontrasepsi dan apa yang perlu dilakukan jika berlaku kehamilan tak dikehendaki. Bila pengetahuan penting tentang HKRS disorok, remaja dan orang dewasa terpaksa beralih ke ruang maya, dan mereka berisiko terdedah kepada maklumat yang salah.

Tidak adanya pengetahuan untuk mencegah kehamilan tak dikehendaki melalui alat kontraseptif, kaedah berhubungan seks dengan selamat dan maklumat khidmat pengguguran selamat adalah punca wanita dan gadis remaja beralih pada membuang bayi, ubatan tak berdaftar yang diperolehi dari pasaran gelap dan pengguguran tak selamat yang dilakukan pengamal tak berlesen.

 Ramai doktor yang menyediakan khidmat pengguguran selamat, berpatutan dan mesra wanita keberatan untuk berkongsi maklumat kerana takut akan stigma terhadap penyedia khidmat pengguguran. Jika anda mengenali penyedia khidmat yang selamat, kami boleh sertakan mereka dalam senarai rujukan kami dengan izin mereka.

Penyedia rawatan dan penindak pertama memainkan peranan penting dalam mengatasi halangan sedemikian. Adalah penting mereka menyambut kepekaan yang diperlukan oleh isu tersebut, dan bersama membina strategi berkembang untuk menyokong sikap positif dan mengalu-alukan mereka yang mencari khidmat kesihatan reproduktif dan seksual.

Kami menghargai maklumbalas anda. Jika anda pernah memperoleh perkhidmatan melalui jaringan penyedia RRAAM, sudilah kiranya berkongsi pengalaman anda dengan kami menerusi WhatsApp. Data peribadi anda tidak akan direkod dan identiti anda akan kekal rahsia.

Perkhidmatan pengguguran selamat.

Kontrasepsi

WhatsApp us at +60183687950.

Need Help? Chat with us