Kajian

Kajian Hotline

Menerusi talian hotline RRAAM: Perspektif tentang pengguguran di Malaysia

Laporan ini bertujuan untuk memberi gambaran mengenai pengalaman wanita mencari akses ke perkhidmatan pengguguran di Malaysia melalui wawancara dengan penasihat hotline RRAAM dan analisis data yang diberikan oleh wanita dalam perbualan hotline, antara bulan Julai 2019 hingga Jun 2020. Penyelidikan ini dilakukan untuk mengatasi kesalahpahaman yang menyebabkan stereotaip terhadap orang yang ingin menghentikan kehamilan.

Kajian Klinik

Eksplorasi perkhidmatan kesihatan seksual dan reproduktif (KSR) yang disediakan oleh klinik swasta di Semenanjung Malaysia.

Kajian ini bertujuan untuk menilai kelompangan dalam khidmat penjagaan kesihatan seksual dan reproduktif. Kajian ini juga menilai penyediaan perkhidmatan yang tidak menghakimi dan mesra wanita melalui klinik-klinik swasta di Semenanjung Malaysia dan mendalami pengetahuan mengenai tahap stigma yang dialami oleh wanita dan gadis yang ingin mengakses perkhidmatan kesihatan seksual dan reproduktif (KSR). Penyelidikan ini dilakukan untuk menggariskan kepentingan penyediaan perkhidmatan KSR yang mudah diakses dan berpatutan bagi mengatasi jurang dalam penjagaan KSR dan perkhidmatan perubatan.

PowerPoint Penemuan Kajian  

Need Help? Chat with us