Keganasan Terhadap Wanita dan Kanak-kanak Perempuan

Gadis remaja dan wanita berdepan dengan risiko keganasan dan penderaan seksual yang lebih tinggi, termasuk dari kalangan ahli keluarga sendiri atau pasangan/bekas pasangan intim.

Dianggarkan lebih kurang 150 juta perempuan di bawah umur 18 tahun pernah mengalami semacam bentuk keganasan seksual.

Masalah ini diburukkan lagi oleh faktor seperti geografi (cth. wanita dan perempuan yang tinggal di zon berkonflik) dan kekuatan ekonomi (miskin rentan dalam komuniti marjinal).

Sikap berprasangka dan ketiadaan belas kasihan dari pekerja kesihatan untuk wanita-wanita yang tercabul hak mereka menjadi halangan kepada wanita yang cuba mendapatkan khidmat menggugurkan kandungan.

Keganasan dari Pasangan Intim

Tempoh perintah kawalan pergerakan baru-baru ini menyaksikan peningkatan dalam jumlah kes-kes keganasan domestik yang dilaporkan di seluruh dunia, mendorong kerajaan- kerajaan meningkatkan langkah-langkah darurat untuk melindungi mangsa.

Senjata traumatik yang digunakan pelaku merangkumi serangan mental, fizikal, seksual dan kewangan.

Di Malaysia, statistik kes penderaan domestik cuma mengambil kira pasangan berkahwin. Mengecualikan naratif wanita bujang menimbulkan bahaya besar kerana tahap keganasan yang dilakukan tidak dipertimbangkan dengan tepat.

Serangan Seksual

Sehingga 50% serangan seksual adalah yang dilakukan kepada gadis bawah umur 16
tahun.

Pada tahun 2006, ada 2,431 laporan kes rogol dibandingkan 1,479 pada 2003 (statistik, Polis Diraja Malaysia).

Di serata dunia, hanya 10% dari jumlah semua insiden rogol dilaporkan disebabkan stigma dan ketakutan. Rogol dalam perkahwinan biasanya tidak ditakrifkan sebagai rogol. Jumlah sebenar kejadian rogol adalah lebih tinggi.

Walaupun kontraseptif kecemasan (Postinor) boleh didapati dari doktor sektor kesihatan swasta dan farmasi, ia tak dikenali atau digunakan secara meluas untuk mencegah kehamilan.

Sebuah tinjauan 2007 oleh RRAAM ke atas doktor dan jururawat menemukan sebagai
respon kepada soalan “Menurut anda apa yang harus dipertimbangkan wanita yang hamil akibat rogol?” 38% menjawab wanita harus meneruskan kehamilan lalu samada memelihara anak itu atau diberi sebagai anak angkat, daripada menggugurkan kandungan.

Contoh pencabulan hak wanita:

Bila akses wanita kepada perkhidmatan tertakluk pada autoriti pihak ketiga (izin dari pasangan lelaki/kerabat)

Penafian kepada akses, atau kualiti yang dhaif hanya pada perkhidmatan yang diperlukan wanita

Prosedur berkaitan kesihatan reproduktif dan seksual wanita tanpa persetujuan, termasuk pensterilan paksa, pemeriksaan dara yang dipaksa dan pengguguran paksaan.

Khatan wanita

Perkahwinan Paksa

Wanita dan gadis layak perolehi

kebebasan untuk hidup tanpa takut menjadi mangsa keganasan seksual. Sifat patriarkisbanyak masyarakat sekeliling dunia menghalang kita dari menyertai dengan bebas ruang-ruang fizikal dan digital tertentu. Memperkasakan wanita untuk membela diri sendiri, mengambil ruang adalah aspek penting dalam menuntut hak-hak wanita dan ia adalahntanggungjawab semua orang tanpa mengira gender, bangsa atau status ekonomi.

Need Help? Chat with us