Kempen

Gugurkan Stigma 1.0

Dengan kerjasama pihak For Youth Initiative Kuala Lumpur (FYIKL), kempen ini bertujuan meningkatkan kesedaran tentang stigma terhadap pengguguran di Malaysia. Salah satu acara utama adalah pameran seni yang diadakan di RexKL pada 28 September 2019. 12 artis Malaysia ditugaskan untuk gambarkan koleksi cerita daripada wanita tentang pengalaman pengguguran mereka yang dihantar tanpa nama untuk melindungi identiti mereka

#GugurkanStigma 2.0

Rangkaian 3 video ini meneroka kemungkinan lelaki hamil. Ini menimbulkan persoalan, bagaimana rasanya jika seorang lelaki hamil dan harus menggugurkan kandungannya?

 

#SembangMalamJumaat

Dengan kerjasama For Youth Initiative Kuala Lumpur (FYIKL), kempen ini mengambil tempat dari bulan Mac sehingga Jun 2020 (semasa MCO Covid-19) dia alam twitter. Tujuan kempen ini adalah untuk berbual dengan pengguna Twitter tentang topik termasuk produk haid, penyakit kelamin dan pil kawalan kelahiran untuk menggalakkan seks selamat. Kempen ini juga memberikan hadiah produk haid seperti cawan haid dan pad yang boleh diguna semula kepada 7 pemenang.

Need Help? Chat with us