Hak dan Kesihatan Seksual dan Reproduktif

Perkahwinan kanak-kanak masih berleluasa, malah terutamanya di Malaysia di mana 30% gadis berumur 15-19 dikahwinkan. Jika paten ini berterusan, dalam dekad yang akan datang seramai 100 juta gadis akan dikahwinkan semasa kanak-kanak.

Hubungan suka sama suka di antara orang dewasa sesama jenis masih diharamkan di 72 negara di seluruh dunia.

Perserikatan Bangsa-Bangsa (United Nations) menganggarkan bahawa majoriti remaja dan orang muda masih tidak mendapat akses kepada perkhidmatan kesihatan reproduktif dan seksual yang komprehensif dan pendidikan yang mereka perlukan untuk hidup dengan sihat.

Pada tahun 2017, lebih kurang 810 wanita mati setiap hari dari sebab boleh dielakkan yang berkait dengan kehamilan dan bersalin.

Hak Kesihatan Seksual dan Reproduktif 

adalah istilah umum komprehensif yang berkaitan kesihatan seksual, hak seksual, kesihatan dan juga hak reproduktif. Ia merangkumi isu seperti akses kepada khidmat pengguguran kandungan yang selamat, sah dan berpatutan, khidmat kontraseptif, keganasan berasaskan gender, stigma, perancangan keluarga dan bermacam lagi.

Akses universal kepada HKRS diperkenalkan secara meluas pada 1994 di Persidangan Kependudukan dan Pembangunan Antarabangsa (ICPD) di Kaherah, Mesir. Persidangan Wanita Sedunia Ke-4 (1995) di Beijing dipuji sebagai mempelopori dalam mengangkat isu-isu seperti keganasan terhadap wanita dan perkahwinan kanak-kanak (yang sebelumnya dianggap sebagai masalah peribadi dan domestik, atau sebagai domain budaya dan tradisional) ke dalam arena polisi awam dan mengakui hak seksual dan hak anak perempuan sebagai hak asasi manusia.

Hak Reproduktif

haruslah diperakui dengan meluas sebagai hak manusia. Melindungi dan meningkatkan kesihatan dan reproduksi wanita mempunyai kesan yang berkekalan dalam urusan ekonomi, kesihatan global, peningkatan keseluruhan kualiti hidup wanita dewasa dan muda serta pembangunan negara yang lebih besar. Remaja perempuan dan wanita muda menghadapi rintangan besar dalam memperolehi pendidikan seksualiti, perkhidmatan kesihatan dan melindungi kesihatan mereka sendiri. Wanita haruslah bebas membuat pilihan kesihatan
reproduktif seperti memutuskan untuk hamil atau tidak dan memperolehi bayi, menggunakan alat kawalan kelahiran, melakukan hubungan seks yang selamat atau pengguguran.

Bila hak wanita dan gadis dihormati, dipelihara dan dimartabatkan, ia memberi
manfaat jauh, di mana mereka dapat:

Hidup bebas dari keganasan seksual

Ke sekolah dan memilih untuk anak mereka ke sekolah

Memilih untuk mahu/tidak berkahwin, bila dan dengan siapa

Keterlibatan ekonomi yang lebih baik

Memilih untuk mahu/tidak memiliki anak, bila dan dalam keadaan bagaimana

Memilih samada mahu atau tidak melakukan seks, bila dan dengan siapa

Melibatkan diri dalam proses politik dalam kehidupan awam

Apa itu Hak-hak Reproduktif + Seksual?

  • ^Hak untuk kesamarataan dan tidak didiskriminasi
  • ^Hak berpartisipasi untuk semua orang, tanpa mengira jantina, seksualiti atau gender
  • ^Hak untuk autonomi dan integriti tubuh
  • ^Hak untuk privasi
  • ^Hak untuk mendapatkan maklumat
  • ^Akses kepada pengguguran yang selamat dan sah
  • ^Akses kepada kawalan kelahiran
  • ^Bebas dari pensterilan paksa dan kontrasepsi
  • ^Akses penjagaan kesihatan reproduktif yang berkualiti
  • ^Hak untuk kesihatan haid
  • ^Hak untuk pendidikan dan akses untuk membuat pilihan reproduktif yang tepat
  • ^Hak untuk perlindungan dari keganasan berasaskan jantina
Need Help? Chat with us