Kontrasepsi (Pencegahan Kehamilan)

214 juta wanita dalam usia reproduktif di negara membangun yang mahu mencegah kehamilan tidak menggunakan kaedah kontraseptif moden.

Perancangan keluarga memperkukuh hak orang ramai untuk menentukan bilangan dan penjarakkan anak-anak.

Di negara-negara membangun, ada lebih 20 juta gadis dan wanita muda berumur 15-19 dengan keperluan kontrasepstif moden yang tak terpenuhi.

Di peringkat global, ada lebih kurang 380,000 jangkitan HIV baru di kalangan wanita berumur 15-24 tahun setiap tahun.

Ketahui lebih lanjut tentang kepentingan pencegahan kehamilan dan perancangan keluarga.

Alat kontraseptif didapati secara meluas di kawasan urban melalui penyedia khidmat perubatan dan farmasi, tapi pengambilan kontraseptif masih di tahap sangat rendah, bahkan di kalangan wanita yang mengalami kehamilan tak dikehendaki berkali-kali.

Menurut tinjauan kebangsaan demografi dan kesihatan 2004, 25% daripada wanita berkahwin tidak mahu menambah zuriat namun tidak menggunakan apa jua kaedah kontraseptif disebabkan takut pada kesan sampingan atau tidak berpuas hati dengan kaedah kontraseptif moden.

Kurang cakna, stigma, kekurangan program perancangan keluarga dan media menyumbangkan kepada masalah persepsi negatif orang awam tentang keselamatan kaedah kontraseptif moden.

Mencabut kondom dan seks tanpa persetujuan sama sebagai pencabulan hak, tidak diperbincangkan dengan telus, dan kebanyakan orang tidak cakna pada kepentingan pengetahuan ini.

Kaedah Kontraseptif

Kondom Lelaki

Kondom Perempuan

Pil perancang kehamilan

Implan hormon

Suntikan Perancang
(DPMA)

Alat perancang dalam rahim (IUCD)

Pil pencegah
kehamilan kecemasan

Kaedah pancut luar faraj

RRAAM mengadvokasi

hak wanita dewasa dan muda untuk membuat keputusan berilmu dan memperolehi akses kepada kaunseling dan produk cegah kehamilan. Tidak ada penyebaran maklumat strategik tentang pencegahan kehamilan dan perancangan keluarga di Malaysia, terutamanya dalam kalangan komuniti rentan dan marjinal. Penggunaan kontraseptif adalah sebahagian dari hak kita untuk mengamalkan hubungan seks yang selamat. Kita ada hak menolak hubungan seks tidak selamat. Adalah penting bagi wanita dewasa dan muda mempertahankan hak mereka untuk melindungi diri sendiri, dan tak membiarkan pasangan menetapkan sewenangnya syarat hubungan seks.

Need Help? Chat with us