Pada usia tujuh belas tahun, ketika diminta untuk berkongsi sesuatu yang menarik tentang diri saya, saya dengan bangganya memberitahu seluruh kelas bahawa saya seorang perawan. Sebenarnya saya tidak, tetapi saya baru saja menghadiri bengkel jauhi seks(zina) yang mendorong perlakuan yang suci. Ianya bengkel hujung minggu yang dikendalikan oleh fasilitator yang berkeyakinan, tayangan slaid yang mampu memujuk, dan aktiviti interaktif. Kami diperlihatkan video air mata orang-orang yang telah menyesali keputusan mereka kerana tidak menyelamatkan diri untuk “yang satu”, dan video inspirasi pasangan yang memilikinya (dara). Kami diajar bahawa berpegangan tangan akan mendorong kepada seks (sehingga hari ini, saya masih menunggu kesemua lelaki yang saya pegang tangannya untuk menawarkan zakar mereka juga) dan seks santai akan membawa kepada HIV. Kami diceritakan kisah-kisah menakutkan mengenai dorongan seksual dan diberikan kad aku janji untuk ditandatangani, memformalkan janji-janji kami untuk tidak mengikutinya. Namun, bengkel itu tidak dapat menghalang kami daripada melakukan hubungan seks. Sekiranya ada, seks menjadi rahsia yang harus kami simpan sendiri. Kami menjadi pakar dalam hal ini. Bagaimanapun, kami diberitahu untuk berbangga dengan keperawanan kami. Kami kuat. Kami adalah wira. Kami telah melindungi diri.
Keyakinan saya pada usia tujuh belas seharusnya didorong oleh pilihan yang terpelajar, dan bukannya rasa takut. Pilihan mampu memperkasa. Pendekatan menghindari seks mengandaikan bahawa remaja akan patuh pada ikrar mereka apabila ia sebenarnya meletakkan satu stigma kepada mereka yang ingkar. Mereka dilihat kurang suci, lebih bermasalah. Seorang rakan saya yang melanggar ikrar penghindaran seks, berjuang keras dengan rasa bersalah tersebut. Itu adalah komitmen yang dia percaya harus dipatuhi kerana dia dijanjikan hidup yang lebih memuaskan dengan melakukannya. Dia akan rebah di perpustakaan dan merintih, “Saya tidak akan melakukannya lagi, saya berjanji”. Tetapi dia sering melakukannya lagi, dan selalu menyesalinya juga. Setelah melakukan hubungan seks bermakna sudah terlambat baginya, kerana dia telah memberikan mahkotanya. Ini berarti dia ditakdirkan untuk menjalani kehidupan dalam penyesalan, seperti dalam video tersebut.
Penghindaran seks juga memberi nilai yang terlalu tinggi terhadap kepentingan sebuah keluarga heteronormatif tradisional. Mereka yang memilih untuk tidak berkahwin tidak boleh dinafikan tentang kehidupan seks yang sihat. Sekali lagi, penghindaran mematikan pilihan. Ini mengabdikan idea perkahwinan, sedangkan pada hakikatnya masalah kehamilan yang tidak dikehendaki, jangkitan seksual, dan kekerasan seksual tidak hanya terjadi bagi pasangan yang belum berkahwin. Ia juga menolak seks yang bukan kebiasaan dan mengabaikan pengalaman komuniti LGBTQ+. Seks harus dilihat sebagai pengalaman yang menggembirakan, yang dapat dilakukan dengan berbagai cara, tetapi mendidik dengan menghindari seks memberitahu kita bahawa ianya hanya ada satu cara sahaja.
Dalam dunia yang di mana seks sangat mudah diakses, dengan memberitahu remaja supaya tidak melakukan hubungan seks adalah tidak realistik. Dianggarkan kira-kira 18,000 gadis hamil di Malaysia setiap tahun. Seratus daripada gadis ini akan meninggalkan bayinya kerana rasa bersalah dan dengan memalukan mereka, kita tidak langsung membantu apa-apa. Sebaliknya, kita perlu lebih mempercayai remaja kita dengan mewujudkan ruang yang lebih selamat untuk mereka. Malangnya, walaupun terdapat kurikulum mengenai Pendidikan Reproduktif dan Pendidikan Sosial, kita masih tidak memandang serius pendidikan seksualiti. Sebenarnya, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara masih mempunyai tweet yang disematkan dari tahun 2019 mengenai penghindaran seks. Hashtag kepolisian moral yang berbunyi “KatakanTidakKepadaZina”, dan laman web mereka mempromosikan idea bahawa menjauhi seks memberikan pelajar sebuah kebebasan untuk menjadi diri mereka sendiri. Namun, menyamakan sebuah kebebasan dengan pengekangan diri adalah satu paradoks yang berbahaya.
Pendidikan seksualiti yang komprehensif sering disalahfahami sebagai mendorong kepada “seks bebas” sedangkan ianya tentang tanpa harus menghakimi dan membantu remaja membuat keputusan yang tepat mengenai kesihatan seksual mereka. Perbincangan ini akan membantu remaja menjadi lebih selesa dengan badan mereka sendiri, dan dalam mencari keseronokan. Namun, ramai pelajar tidak mempunyai akses kepada maklumat dan ramai yang tersalah maklumat. Menurut kaji selidik tahun 2015, 35% remaja perempuan Malaysia percaya bahawa melakukan hubungan seks untuk pertama kalinya tidak akan menyebabkan kehamilan. Sekolah harus mengajar remaja tentang kontrasepsi, STIs, rasa hormat, dan persetujuan. Guru harus memberikan maklumat dan jawapan yang tepat dari segi perubatan mengenai soalan tentang hubungan seks dan perhubungan, tanpa menghakimi. Kita juga perlu menjadikan alat kontraseptif lebih mudah diakses oleh golongan muda. Biarkan mereka bergilir memakaikan kondom pada pisang. Beritahu mereka di mana Klinik Nur Sejahtera yang terdekat. Ajar mereka mengenai seks.
Bercakap dengan remaja mengenai masalah seksualiti adalah perbualan yang sukar kerana ini bermaksud mengakui bahawa anak-anak yang kita lihat sedang membesar akhirnya menjadi dewasa. Namun, perbualan sukar adalah yang paling harus kita lakukan selalu. Sekarang, saya dan rakan-rakan menerapkan perbualan tentang seksualiti kami sendiri, tetapi iaya mengambil masa bertahun-tahun sebelum seks menjadi rahsia yang memalukan kita. Memberi pengetahuan dan akses kepada kontrasepsi untuk remaja adalah pendekatan positif yang menegaskan kembali nilai yang lebih penting daripada kesucian iaitu seperti kesetaraan, empati, dan tanggungjawab. Walaupun menghindari seks mungkin merupakan pilihan yang sah dan adil bagi sesetengah orang, ianya mungkin bukan untuk semua. Lagipun, seks tidak pernah menjadi satu ukuran yang sesuai untuk semua, tidak kira apa yang dilabel dan diperkatakan.
Terjemahan oleh Hera
Foto oleh Mẫnn Quang from Pexels
